Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Surat cara yang berikut yang berhubungan dengan perbankan Islam, aktiviti takaful dan pasaran modal Islam di bawah suatu skim untuk mempromosikan
Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia dikecualikan daripada duti setem:
(a)
surat cara bagi transaksi dalam mata wang selain ringgit yang berhubungan dengan aktiviti perbankan Islam atau takaful yang disempurnakan antara orang yang layak dengan—
(i)
pelanggan pemastautin; atau
(ii)
pelanggan bukan pemastautin;
(b)
surat cara yang berhubungan dengan penerbitan—
(i)
bon Islam dalam ringgit; atau
(ii)
bon Islam dalam mata wang asing.
(2)
Pengecualian dalam subperenggan (1)(a) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2017 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
(3)
Pengecualian dalam subperenggan (1)(b) hendaklah terpakai bagi surat cara yang berhubungan dengan penerbitan bon yang diluluskan oleh Suruhanjaya
P.U. (A) 367 4
Sekuriti
Malaysia pada atau selepas 1
Januari 2017
tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
Dibuat 22 Disember 2016
[Perb.
CR(8.09)248/39/7-217
Jld.
12
(SK15);
LHDN.01/10.5-1/60-11;
PN(PU2)159/XXX]
DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 367 5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2016