Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Yemen) 2016.
/akn/my/act/pua/2016/39
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK Y... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 39 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Yemen) 2016.
Matlamat
Matlamat Peraturan-Peraturan ini adalah untuk melaksanakan langkah yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Perkara 41
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kesan kepada pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang berhubungan dengan Republik Yemen dan untuk memperuntukkan mengenai perkara lain yang berkaitan.
Tafsiran
“Jawatankuasa Majlis Keselamatan” ertinya Jawatankuasa Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan menurut perenggan 19 Ketetapan 2140 (2014);
“Ketetapan” ertinya Ketetapan 2140 (2014), 2201 (2015), 2204 (2015) dan 2216 (2015) Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“Majlis Keselamatan” ertinya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah Perkara 7 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu;
P.U. (A) 39 3
“orang yang ditetapkan” ertinya individu atau entiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 4.
Orang yang ditetapkan
terlibat dalam, atau memberikan sokongan bagi perbuatan yang mengancam keamanan, keselamatan atau kestabilan Republik
Yemen; dan
telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis
Keselamatan di bawah Ketetapan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi
Sesuatu institusi kewangan hendaklah—
membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—
orang yang ditetapkan;
individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; atau
entiti yang dimiliki atau dikawal oleh orang yang ditetapkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; dan
P.U. (A) 39 4
memastikan bahawa tiada dana, aset kewangan atau sumber ekonomi diadakan oleh mana-mana orang untuk atau bagi faedah orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—
untuk bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;
untuk bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
untuk bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;
untuk bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau
dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—
telah dibuat sebelum 26 Februari 2014; dan
Sesuatu institusi kewangan boleh mengkreditkan suatu akaun yang dibekukan di bawah subperaturan (1) dengan—
apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau obligasi yang berbangkit sebelum 26 Februari 2014, dengan syarat bahawa institusi kewangan itu terus membekukan apa-apa faedah, pendapatan dan bayaran lain yang dikreditkan ke dalam akaun itu.
Sesuatu institusi kewangan boleh membenarkan orang yang ditetapkan untuk mengguna pakai dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah dibekukan di bawah subperaturan (1) bagi apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah suatu kontrak yang dibuat sebelum penetapan orang itu, dengan syarat bahawa
Bank, melalui suatu notis bertulis, menentukan bahawa bayaran itu tidak, secara langsung atau tidak langsung, diterima oleh orang yang ditetapkan.
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
Kewajipan untuk memberi maklumat
Sesuatu institusi kewangan yang—
telah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan 5(1); atau
P.U. (A) 39 6
mempunyai maklumat tentang apa-apa transaksi atau transaksi yang dicadangkan atau apa-apa perbuatan atau benda yang dilarang oleh
Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank mengenai fakta atau maklumat itu, dan memberi maklumat yang selanjutnya yang berhubungan dengan dana, aset kewangan, sumber ekonomi, transaksi, transaksi yang dicadangkan, perbuatan atau benda itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank.
Kesalahan
Mana-mana institusi kewangan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan ini melakukan kesalahan di bawah subseksyen 82(4) Akta.
JADUAL
[Peraturan 4]
ORANG YANG DITETAPKAN
Individu
1.
Nama: 1: ABDULLAH 2: YAHYA 3: AL HAKIM
Nama (skrip asal): ال حاك م ي ح يى ع بد هللا
Gelaran: Tiada
Jawatan: Penolong pemerintah kumpulan Huthi
Tarikh lahir: (a) Lebih kurang 1985 (b) Antara 1984 dan 1986
Tempat lahir: (a) Dahyan, Yemen (b) Wilayah Pentadbiran Sa’dah, Yemen
A.k.a. kualiti baik: (a) Abu Ali al Hakim (b) Abu-Ali al-Hakim (c) Abdallah al-Hakim (d) Abu Ali Alhakim (e) Abdallah al-Mu’ayyad
A.k.a. kualiti rendah: Tiada
Kewarganegaraan: Yemen
No. pasport: Tiada
No. pengenalan kebangsaan: Tiada
Alamat: Dahyan, Wilayah Pentadbiran Sa’dah, Yemen
P.U. (A) 39 7
Disenaraikan pada: 7 November 2014 (dipinda pada 20 November 2014)
Maklumat lain: Jantina [Lelaki]
2.
Nama: 1: ABDULMALIK 2: AL-HOUTHI
Gelaran: Tiada
Jawatan: Tiada
Tarikh lahir: Tiada
Tempat lahir: Tiada
A.k.a. kualiti baik: Tiada
A.k.a. kualiti rendah: Tiada
Kewarganegaraan: Tiada
No. pasport: Tiada
No. pengenalan kebangsaan: Tiada
Alamat: Tiada
Disenaraikan pada: 14 April 2015
Maklumat lain: Pemimpin Gerakan Houthi Yemen. Terlibat dalam perbuatan yang mengancam keamanan, keselamatan atau kestabilan
Yemen
3:
Nama: 1: ABD 2: AL-KHALIQ 3: AL-HUTHI
Nama (skrip asal): ال حوث ي ع بدال خال ق
Gelaran: Tiada
Jawatan: Komander tentera Huthi
Tarikh lahir: 1984
Tempat lahir: Tiada
A.k.a. kualiti baik: (a) Abd-al-Khaliq al-Huthi (b) Abd-al-Khaliq Badr-al-Din al Huthi (c) ‘Abd al-Khaliq Badr al-Din al-Huthi
A.k.a. kualiti rendah: Abu-Yunus
Kewarganegaraan: Yemen
No. pasport: Tiada
No pengenalan kebangsaan: Tiada
Alamat: Tiada
P.U. (A) 39 8
Disenaraikan pada: 7 November 2014 (dipinda pada 20 November 2014)
Maklumat lain: Jantina [Lelaki]
4.
Nama: 1: AHMED 2: ALI 3: ABDULLAH 4: SALEH
Nama (skrip asal): أحمد ع لي ع بد هللا صال ح
Gelaran : Mantan Duta, mantan Brigadier Jeneral
Jawatan: Tiada
Tarikh lahir: 25 Julai 1972
Tempat lahir: Tiada
A.k.a. kualiti baik: Ahmed Ali Abdullah Al-Ahmar
A.k.a. kualiti rendah: Tiada
Kewarganegaraan: Yemen
No. pasport: (a) Nombor pasport Yemen 17979 yang dikeluarkan di bawah nama Ahmed Ali Abdullah Saleh (yang disebut dalam nombor pengenalan diri diplomatik no.: 31/2013/20/003140 di bawah)
pasport Yemen nombor 02117777 yang dikeluarkan pada 08-11-2005 di bawah nama Ahmed Ali Abdullah Al-Ahmar
(a.k.a. kualiti baik) (c) pasport Yemen nombor 06070777 yang dikeluarkan pada 03-12-2014 di bawah nama Ahmed Ali
Abdullah Al-Ahmar (a.k.a. kualiti baik)
No. pengenalan kebangsaan: Tiada
Alamat: Emiriah Arab Bersatu
Disenaraikan pada: 14 April 2015 (dipinda pada 16 September 2015)
Maklumat lain: Telah memainkan peranan utama dalam membantu peluasan tentera
Houthi.
Telah terlibat dalam perbuatan yang mengancam keamanan, keselamatan atau kestabilan Yemen.
Ahmed Saleh ialah anak lelaki mantan Presiden Republik
Yemen, Ali Abdullah Saleh (YEi.003). Ahmed Ali Abdullah Saleh berasal dari suatu kawasan yang dikenali sebagai
Bayt Al-Ahmar, yang terletak lebih kurang 20 kilometer tenggara ibu negara, Sana'a. No. pengenalan diri diplomatik:
31/2013/20/003140, dikeluarkan pada 07-07-2013 oleh
P.U. (A) 39 9
Kementerian Luar Negeri, Emiriah Arab Bersatu di bawah nama
Ahmed Ali Abdullah Saleh; status terkini: dibatalkan.
5.
Nama: 1: ALI 2: ABDULLAH 3: SALEH
Nama (skrip asal): صال ح هللا ع ليع بد
Gelaran: Tiada
Jawatan: (a) Presiden parti Kongres Rakyat Am Yemen
Mantan Presiden Republik Yemen
Tarikh lahir: (a) 21 Mac 1945 (b) 21 Mac 1946 (c) 21 Mac 1942
21 Mac 1947
Tempat lahir: (a) Bayt al-Ahmar, Wilayah Pentadbiran Sana’a, Yemen (b) Sana’a,
Yemen
Sana’a, Sanhan, Al-Rib’ al-Sharqi
A.k.a. kualiti baik: Ali Abdallah Salih
A.k.a. kualiti rendah: Tiada
Kewarganegaraan: Yemen
No. pasport: 00016161 (Yemen)
No. pengenalan kebangsaan: 01010744444
Alamat: Tiada
Disenaraikan pada: 7 November 2014 (dipinda pada 20 November 2014)
Maklumat lain: Jantina [Lelaki]
Dibuat 15 Januari 2016
[BNM.JUN. 1125/54/01; PN(PU2)262/VIII]
TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Gabenor
Diluluskan 29 Januari 2016
[KK/BPKA/K2(S)/382/9/6Jld.2; PN(PU2)262/VIII]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Menteri Kewangan
P.U. (A) 39 10
CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009
CENTRAL BANK OF MALAYSIA (IMPLEMENTATION OF THE UNITED NATIONS
SECURITY COUNCIL RESOLUTIONS RELATING TO THE REPUBLIC OF YEMEN)
REGULATIONS 2016
IN exercise of the powers conferred by section 82
of the Central Bank of Malaysia Act 2009 [Act 701], Bank Negara Malaysia, with the approval of the Minister, makes the following regulations:
Citation 1.
These regulations may be cited as the Central Bank of Malaysia
(Implementation of the United Nations Security Council Resolutions relating to the Republic of Yemen) Regulations 2016.
Object 2.
The object of these Regulations is to implement the measures decided by the
United Nations Security Council in pursuance of Article 41 of the Charter of the United
Nations to give effect to the freezing of funds, financial assets and economic resources relating to the Republic of Yemen and to provide for other related matters.
Interpretation 3.
In these Regulations—
“Security Council Committee” means the United Nations Security Council
Committee established pursuant to paragraph 19 of the Resolution 2140 (2014);
“Resolutions” means Resolutions 2140 (2014), 2201 (2015), 2204 (2015) and 2216 (2015) of the United Nations Security Council;
“Security Council” means the United Nations Security Council established under
Article 7 of the Charter of the United Nations;
“designated person” means an individual or entity as provided for in regulation 4.
P.U. (A) 39 11
Designated person 4.
A designated person shall be an individual who, or an entity which—
(a)
is engaged in, or providing support for acts that threaten the peace, security or stability of the Republic of Yemen; and
(b)
has been designated by the Security Council or the Security Council
Committee under the Resolutions, as specified in the Schedule.
Freezing of funds, financial assets and economic resources 5.
(1)
A financial institution shall—
(a)
freeze any funds, financial assets or economic resources owned or controlled, whether directly or indirectly, by—
(i)
a designated person;
(ii)
an individual or entity acting on behalf, or at the direction, of any designated person; or
an entity owned or controlled by a designated person or any person acting on behalf, or at the direction, of any designated person; and
(b)
ensure that no funds, financial assets or economic resources are made available by any person to or for the benefit of the persons referred to in paragraph (1)(a).
(2)
The freezing of funds, financial assets or economic resources under subregulation (1) shall not apply to the freezing of funds, financial assets or economic
P.U. (A) 39 12
resources which have been determined by the Bank, through a written notice, to be necessary—
(a)
for the payment of basic expenses, including any payment for foodstuff, rent or mortgage, medicines and medical treatment, taxes, insurance premiums and public utility charges;
(b)
for the payment of reasonable professional fees and reimbursement of incurred expenses associated with the provision of legal services in accordance with any written laws;
(c)
for the payment of fees or service charges in accordance with any written laws for routine holding or maintenance of the frozen funds, financial assets or economic resources;
(d)
for the payment of any extraordinary expenses approved by the
Security Council Committee; or
(e)
in the subject of any judicial, administrative or arbitral lien or judgment, in which case the funds, financial assets or economic resources may be used to satisfy such lien or judgment, provided that the lien or judgment—
(i)
was entered into before 26 February 2014; and
(ii)
is not for the benefit of a designated person.
(3)
A financial institution may credit an account frozen under subregulation (1) with—
(a)
any interest or other earnings due on that account; or
P.U. (A) 39 13
(b)
any payment due under any contract, agreement or obligation that arose before 26 February 2014, provided that the financial institution continues to freeze any such interest, other earnings and payments credited into that account.
(4)
A financial institution may allow a designated person to apply the funds, financial assets or economic resources that have been frozen under subregulation (1)
for any payment due under a contract entered into prior to the designation of such person, provided that the Bank, through a written notice, determines that the payment is not, directly or indirectly, received by a designated person.
(5)
The freezing of funds, financial assets or economic resources under subregulation (1) shall cease to apply to a designated person if the Security Council or the Security Council Committee has removed the name of the designated person from the Resolutions.
Duty to provide information 6.
A financial institution which—
(a)
has frozen any funds, financial assets or economic resources under subregulation 5(1); or
(b)
has information about any transaction or proposed transaction or any act or thing prohibited by these Regulations, shall immediately inform the Bank of that fact or information, and provide such further information relating to the funds, financial assets, economic resources, transaction, proposed transaction, act or thing as the Bank may require.
Offence 7.
Any financial institution who fails to comply with these Regulations commits an offence under subsection 82(4) of the Act.
P.U. (A) 39 14
[Regulation 4]
DESIGNATED PERSONS
Individuals
1.
Name: 1: ABDULLAH 2: YAHYA 3: AL HAKIM
Name (original script): ال حاك م ي ح يى هللا ع بد
Title: Not available
Designation: Huthi group second-in-command
Date of birth: (a) Approximately 1985 (b) Between 1984 and 1986
Place of birth: (a) Dahyan, Yemen (b) Sa’dah Governorate, Yemen
Good quality a.k.a.: (a) Abu Ali al Hakim (b) Abu-Ali al-Hakim (c) Abdallah al-Hakim (d) Abu Ali Alhakim (e) Abdallah al-Mu’ayyad
Low quality a.k.a.: Not available
Nationality: Yemen
Passport no.: Not available
National identification no.: Not available
Address: Dahyan, Sa’dah Governorate, Yemen
Listed on: 7 November 2014 (amended on 20 November 2014)
Other information: Gender [Male]
2.
Name: 1: ABDULMALIK 2: AL-HOUTHI
Title: Not available
Designation: Not available
Date of birth: Not available
Place of birth: Not available
Good quality a.k.a.: Not available
Low quality a.k.a.: Not available
Nationality: Not available
Passport no.: Not available
National identification no.: Not available
P.U. (A) 39 15
Address: Not available
Listed on: 14 April 2015
Other information: Leader of Yemen's Houthi Movement. Has engaged in acts that threaten the peace, security or stability of Yemen
3.
Name: 1: ABD 2: AL-KHALIQ 3: AL-HUTHI
Name (original script): ال حوث ي ع بدال خال ق
Title: Not available
Designation: Huthi military commander
Date of birth: 1984
Place of birth: Not available
Good quality a.k.a.: (a) Abd-al-Khaliq al-Huthi (b) Abd-al-Khaliq Badr-al-Din al Huthi (c) ‘Abd al-Khaliq Badr al-Din al-Huthi
Low quality a.k.a.: Abu-Yunus
Nationality: Yemen
Passport no.: Not available
National identification no.: Not available
Address: Not available
Listed on: 7 November 2014 (amended on 20 November 2014)
Other information: Gender [Male]
4.
Name: 1: AHMED 2: ALI 3: ABDULLAH 4: SALEH
Name: (original script): أحمد ع لي ع بد هللا صال ح
Title: Former Ambassador, former Brigadier General
Designation: Not available
Date of Birth: 25 July 1972
Place of Birth: Not available
Good quality a.k.a.: Ahmed Ali Abdullah Al-Ahmar
Low quality a.k.a.: Not available
Nationality: Yemen
Passport no.: (a) Yemeni passport number 17979 issued under name Ahmed Ali
Abdullah Saleh (referred to in the diplomatic identity number no.:
31/2013/20/003140 below) (b) Yemeni passport number
P.U. (A) 39 16
02117777 issued on 08-11-2005 under name Ahmed Ali Abdullah
Al-Ahmar (good quality a.k.a.) (c) Yemeni passport number 06070777 issued on 03-12-2014 under name Ahmed Ali Abdullah
Al-Ahmar (good quality a.k.a.)
National identification no.: Not available
Address: United Arab Emirates
Listed on: 14 April 2015 (amended on 16 September 2015)
Other information:
Has played a key role in facilitating the Houthi military expansion. Has engaged in acts that threaten the peace, security, or stability of Yemen. Ahmed Saleh is the son of the former President of the Republic of Yemen,
Ali Abdullah Saleh (YEi.003). Ahmed Ali Abdullah Saleh comes from an area known as Bayt Al-Ahmar, which lies some 20 kilometres southeast of the capital, Sana'a.
Diplomatic identity card no.: 31/2013/20/003140, issued on 07-07-2013 by the United Arab Emirates’
Ministry of Foreign Affairs under name Ahmed Ali
Abdullah Saleh; current status: cancelled.
5.
Name: 1: ALI 2: ABDULLAH 3: SALEH
Name (original script): صال ح ال لهع بد ع لي
Title: Not available
Designation: (a) President of Yemen’s General People’s Congress party
Former President of the Republic of Yemen
Date of birth: (a) 21 March 1945 (b) 21 March 1946 (c) 21 March 1942
21 March 1947
Place of birth: (a) Bayt al-Ahmar, Sana’a Governorate, Yemen (b) Sana’a, Yemen
Sana’a, Sanhan, Al-Rib’ al-Sharqi
Good quality a.k.a.: Ali Abdallah Salih
Low quality a.k.a.: Not available
Nationality: Yemen
Passport no.: 00016161 (Yemen)
National identification no.: 01010744444
P.U. (A) 39 17
Address: Not available
Listed on: 7 November 2014 (amended on 20 November 2014)
Other information: Gender [Male]
Made 15 January 2016
[BNM.JUN. 1125/54/01; PN(PU2)262/VIII]
TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Governor
Approved 29 January 2016
[KK/BPKA/K2(S)/382/9/6Jld.2; PN(PU2)262/VIII]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Minister of Finance