Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN HARGA BARANGAN HARGA TERKAWAL) (NO. 3) 2026
Seksyen 2
(1)
Mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa barangan harga terkawal yang disiarkan dalam Perintah Kawalan Harga dan
Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 3) 2026 [P.U. (A) 203/2026]
hendaklah meletakkan label berwarna merah jambu yang menunjukkan harga bagi setiap unit atau setiap unit timbangan, nama yang memerihalkan barangan harga terkawal itu dan gred atau kualiti, jika ada, bagi barangan harga terkawal itu.
(2)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperenggan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua
P.U. (A) 204 3
atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
Dibuat 18 Mei 2026
[KPDN(PGK)(S)26/0.5001/1 Jld.12; PN(PU2)695/JLD.36]
DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
P.U. (A) 204 4
PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING ACT 2011
PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING
(PRICE MARKING OF PRICE-CONTROLLED GOODS) (NO. 3) ORDER 2026