Malaysia legislation

Section 12B

of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2026

Seksyen 12B

(2)

Apabila notis bertulis di bawah subperaturan (1)

diterima, pekerja itu hendaklah menentukan seorang majikan yang kepadanya pembayaran caruman yang berkaitan dengan bukan bencana kerja hendaklah dibuat dalam tempoh

3

tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu diberikan oleh

Pertubuhan dan mengemukakan penentuan itu secara bertulis kepada Pertubuhan.

(3)

Dalam hal keadaan pekerja itu tidak menentukan pilihan majikannya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu diberikan, Pertubuhan hendaklah, dalam tempoh empat belas hari mengeluarkan pemberitahuan secara bertulis kepada majikan kepada siapa pembayaran caruman yang berhubungan dengan bukan bencana kerja itu hendaklah dibuat.

(4)

Jika seseorang pekerja telah berhenti bekerja dengan majikan yang kepadanya pembayaran caruman itu hendaklah dibuat kepada Pertubuhan, pekerja itu hendaklah memberitahu Pertubuhan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari dari masa dia terhenti pekerjaan sedemikian.”.

Pindaan peraturan 48 4.

Peraturan 48 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Selepas memeriksa pihak menuntut pencen ilat atau bantuan ilat”

perkataan “atau mengkaji semula dokumen perubatan yang berkaitan”.

Pindaan peraturan 60 5.

Peraturan 60 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “; jika sekiranya ia tidak dapat berbuat demikian, ia hendaklah menghantar perakuan itu kepada orang berinsurans itu dalam masa dua puluh empat jam selepas pemeriksaan itu”; dan 4

(b)

dalam perenggan

(c)

, dengan memasukkan selepas perkataan

“seratus lapan puluh hari secara keseluruhannya”

perkataan

“atau mana-mana tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pertubuhan”.

Pindaan peraturan 68 6.

Peraturan 68 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam subperaturan (3)

dengan menggantikan perkataan “Dalam peraturan ini dan dalam peraturan 71” dengan perkataan “Dalam peraturan ini, peraturan 71 dan peraturan 73A”.

Pindaan peraturan 71 7.

Peraturan 71 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1) dengan memasukkan selepas perkataan

“majikan hendaklah,” perkataan “dalam hal bencana kerja,”; dan

(b)

dengan memotong subperaturan (5), (6), (7) dan (8).

Pindaan peraturan 72 8.

Peraturan 72 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Tiap-tiap majikan”dengan perkataan “Kecuali dalam hal bukan bencana kerja, tiap-tiap majikan”.

Pindaan peraturan 73 9.

Peraturan 73 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “sesuatu kemalangan” perkataan “yang terbit daripada atau dalam masa pekerjaan”.

Pindaan peraturan 73A