Malaysia legislation

Section 73A

of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2026

Seksyen 73A

(2)

Jika tiada notis kemalangan di bawah subperaturan (1) diberikan, Pertubuhan boleh menerima apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan kemalangan itu.

(3)

Dalam hal orang berinsurans yang mendapat suatu bukan bencana kerja selain bencana diri yang bersifat ringan semasa orang berinsurans itu dalam perjalanan, orang berinsurans atau orang tanggungannya hendaklah melengkapkan notis kemalangan dalam Borang 34 dan memberikan notis itu bersama-sama dengan laporan polis mengenai kemalangan itu dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.”.

Pindaan peraturan 74 11.

Perenggan 74(i) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kesan bencana kerja yang berkaitan” dengan perkataan “takat bencana kerja atau bukan bencana kerja”.

Pindaan peraturan 75 12.

Perenggan 75(2)(b) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “secara keseluruhannya” perkataan “atau mana-mana tempoh yang lebih pendek”.

6

Pindaan peraturan 76 13.

Subperaturan 76(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “orang yang hilang upaya itu” perkataan “atau selepas mengkaji semula dokumen perubatan yang berkaitan”.

Pindaan peraturan 79 14.

Subperaturan 79(2) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kawasan keselamatan sosial dan di tempat yang dinyatakan dalam Jadual IV”

dengan perkataan “mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan”.

Pindaan peraturan 79A

Section 73A — PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2026