Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hasil” ertinya amaun wang yang dijana daripada perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dijalankan oleh suatu pemberi kredit berlesen atau pemberi perkhidmatan kredit berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang merupakan sebahagian atau keseluruhan daripada jumlah pendapatan yang diiktiraf dalam penyata kewangan yang disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia di bawah Akta Laporan
Kewangan 1997 [Akta 558];
“kumpulan perbadanan” ertinya suatu kumpulan perbadanan yang berkaitan antara satu sama lain jika—
(a)
perbadanan itu ialah syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain;
(b)
perbadanan itu ialah subsidiari suatu perbadanan yang lain; atau
P.U. (A) 209 3
(c)
perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain;
“pemberi kredit berlesen” ertinya suatu pemberi kredit yang diberikan lesen oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 42 Akta;
“pemberi perkhidmatan kredit berdaftar” ertinya suatu pemberi perkhidmatan kredit yang pendaftarannya dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 59 Akta;
“pemohon” ertinya seseorang yang—
(a)
mengemukakan suatu permohonan bagi lesen di bawah seksyen 41 Akta; atau
(b)
membuat permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 58 Akta.
Fi yang kena dibayar kepada Suruhanjaya