Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENDAPATAN INDIVIDU YANG DILULUSKAN) (WANITA KEMBALI BEKERJA SELEPAS BERHENTI BEKERJA SECARA SEMENTARA) (PENGECUALIAN) 2026

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan individu yang diluluskan yang merupakan seorang wanita yang sebelum ini pernah bekerja, berhenti bekerja secara sementara dan kemudiannya kembali bekerja daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kasar yang diperoleh daripada suatu penggajian dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Individu yang diluluskan hendaklah—

(a)

membuat permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) kepada Menteri melalui Talent Corporation

Malaysia Berhad mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2027;

dan

(b)

mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu dan pematuhan syarat itu hendaklah ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad.

P.U. (A) 215 3

(3)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan berturut-turut.

(4)

Tempoh yang disebut dalam subperenggan (3) bermula dari tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang suatu pilihan dibuat oleh individu yang diluluskan dan pilihan itu hendaklah dibuat dalam tahun taksiran yang permohonan bagi pengecualian yang disebut dalam subperenggan (2) diterima oleh Menteri melalui Talent Corporation

Malaysia Berhad atau tahun taksiran yang berikutnya.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan seorang individu yang diluluskan daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

(6)

Bagi maksud perenggan ini—

“individu yang diluluskan” ertinya seorang wanita yang—

(a)

merupakan warganegara Malaysia;

(b)

bermastautin di Malaysia;

(c)

berhenti bekerja dan tidak memperoleh apa-apa pendapatan penggajian bagi suatu tempoh sekurang-kurangnya selama dua puluh empat bulan berturut-turut pada atau selepas 28 Oktober 2017;

(d)

mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja sepenuh masa sebelum wanita itu berhenti bekerja;

(e)

berumur tidak melebihi lima puluh lapan tahun pada tarikh permohonan yang disebut dalam subperenggan (2) dibuat;

P.U. (A) 215 4

(f)

menandatangani kontrak pekerjaan sepenuh masa di Malaysia dengan seorang majikan bagi tempoh sekurang-kurangnya dua puluh empat bulan dalam tempoh mulai 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2028;

(g)

yang bekerja sekurang-kurangnya dua belas bulan berturut-turut dari tempoh kontrak pekerjaan yang disebut dalam subsubperenggan (f); dan

(h)

yang menerima pendapatan kasar daripada kontrak pekerjaan yang disebut dalam subsubperenggan (f) sekurang-kurangnya lima ribu ringgit setiap bulan;

“majikan” ertinya mana-mana orang yang mengambil kerja individu yang diluluskan tidak termasuk—

(a)

suatu syarikat yang dikawal sama ada secara langsung atau secara tidak langsung oleh individu yang diluluskan itu;

(b)

suatu ketuanpunyaan tunggal; atau

(c)

saudara individu yang diluluskan itu yang merupakan ibu atau bapa termasuklah ibu atau bapa mertua, anak termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang, abang, kakak atau adik, datuk, nenek atau cucu atau pasangan;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dengan nombor pendaftarannya 919577-H dan bermastautin di Malaysia.

Ketidakpakaian