Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERUNDING KESELAMATAN KEBAKARAN DAN FIRMA PERUNDING KESELAMATAN KEBAKARAN) 2026

Seksyen 2

(1)

Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai perunding keselamatan kebakaran di bawah Akta, jika orang itu—

(a)

memiliki ijazah sarjana atau ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang kejuruteraan keselamatan kebakaran atau dalam mana-mana bidang lain yang berhubungan dengan kejuruteraan keselamatan kebakaran, atau yang setara dengannya;

(b)

mempunyai pengalaman bekerja—

(i)

dalam bidang keselamatan kebakaran bagi tempoh sepuluh tahun sebagai Pegawai Kanan Bomba; atau

(ii)

dalam bidang kejuruteraan keselamatan kebakaran di

Malaysia bagi tempoh lima tahun dan telah mengendalikan sekurang-kurangnya tiga kerja analisis risiko kebakaran bagi maksud pemajuan; dan

P.U. (A) 40 3

(c)

memiliki kemahiran dalam menggunakan model perkomputeran dinamik bendalir.

(2)

Bagi maksud subperenggan 2(1)(b)(ii), “pemajuan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

[Akta 172].

Firma perunding keselamatan kebakaran