Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai firma perunding keselamatan kebakaran di bawah Akta, jika orang itu—
(a)
merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777], suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah
Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] atau suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
[Akta 743];
(b)
mengambil kerja sekurang-kurangnya satu orang perunding keselamatan kebakaran yang berdaftar di bawah Akta;
(c)
mengambil kerja sekurang-kurangnya satu orang arkitek profesional yang berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117] atau jurutera profesional yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]; dan
(d)
mempunyai perlindungan insurans indemniti profesional yang sah bagi amaun yang tidak kurang daripada satu juta ringgit.
Fi