Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH EKSAIS (PEMBAYARAN DUTI EKSAIS BAGI KENDERAAN BERMOTOR) 2026
Seksyen 3
(1)
Pengilang berlesen hendaklah membayar duti eksais bagi memindahkan kenderaan bermotor dari tempat pengilangan bagi maksud pendaftaran kenderaan bermotor itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkutan jalan.
(2)
Ketua
Pengarah boleh membenarkan suatu sekuriti diberikan oleh pengilang berlesen atau ejen yang diberi kuasa oleh pengilang berlesen bagi pembayaran duti eksais yang disebut dalam subperenggan (1).
P.U. (A) 44 3
(3)
Pengilang berlesen yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah untuk memberikan suatu sekuriti di bawah subperenggan (2) hendaklah membayar duti eksais di bawah subperenggan (1) jika—
(a)
Ketua
Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kenderaan bermotor itu tidak akan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkutan jalan; atau
(b)
kenderaan bermotor itu tidak didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkutan jalan dalam tempoh empat tahun dari tarikh kenderaan bermotor itu dipindahkan dari tempat pengilangan.
(4)
Dalam perenggan ini, “tempat pengilangan” ertinya tempat pengilangan kenderaan bermotor sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan kepada pengilang berlesen.
Pembatalan