Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam subperaturan 28(2)—
(a)
dalam subperaturan (4)—
P.U. (A) 48 3
(i)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (a);
(ii)
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b) dengan perkataan “; dan”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c)
mengandungi paras minimum 50 mg/l jumlah pepejal terlarut.”; dan
(b)
dengan menggantikan subperaturan
(11)
dengan subperaturan yang berikut:
“(11) Maka hendaklah ditulis pada label di atas sesuatu bungkusan yang mengandungi air mineral semula jadi—
(a)
perkataan “air mineral semula jadi” atau, jika hasil itu mengandungi karbon dioksida tambahan, perkataan “air mineral semula jadi berkarbonat”
dalam penghurufan sama yang tidak kurang daripada 12 poin;
(b)
amaun jumlah pepejal terlarut yang ada dalam mg/l;
(c)
nama kandungan mineral yang ada dan amaun dalam mg/l yang setiap garam mineral dan unsur surih itu didapati;
(d)
nilai pH air mineral semula jadi itu;
(e)
lokasi puncanya dan jenis punca tersebut; dan
P.U. (A) 48 4
(f)
perkataan “mengandungi lebih dari 1.0 mg/l fluorida” sekiranya produk mengandungi lebih dari 1.0 mg/l fluorida.”.
Pindaan peraturan 394