Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peraturan 394 Peraturan–Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:
“(6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), paras minimum bagi residu klorin (bebas) tidak terpakai bagi mana-mana air atau stim yang digunakan semasa penyediaan atau pengilangan apa-apa makanan atau bersentuh dengan suatu makanan untuk jualan, dalam masa penyediaannya, penstorannya, penyerahhantarannya atau pendedahannya untuk jualan jika air atau wap itu akan diperlakukan selanjutnya untuk membasmi kuman atau mana-mana proses yang setara.”.