Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA SEREMBAN-PORT DICKSON) (PINDAAN) 2026

Seksyen 3

“Pembayaran tol

(1)

Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan—

(a)

kad debit, kad kredit atau kad prabayar yang sah;

(b)

peranti elektronik berserta kad prabayar yang sah;

(c)

pelekat elektronik yang sah yang telah dipasang di cermin hadapan, lampu hadapan kenderaan atau di mana-mana bahagian lain kenderaan yang telah ditentukan bagi pemasangannya; atau

(d)

aplikasi bagi Sistem Pengecaman Automatik Pendaftaran

Kenderaan,

P.U. (A) 53 3

hendaklah membayar tol yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(1)

apabila melalui lorong tol yang dikhaskan di plaza tol yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua.

(2)

Bagi maksud pembayaran tol di bawah subperenggan (1), seseorang pemandu kenderaan hendaklah—

(a)

menyentuh kad debit, kad kredit atau kad prabayar yang sah pada mesin pembaca elektronik;

(b)

mempamerkan peranti elektronik berserta kad prabayar yang sah;

(c)

mempamerkan pelekat elektronik yang sah yang telah dipasang di cermin hadapan, lampu hadapan kenderaan atau di mana-mana bahagian lain kenderaan yang telah ditentukan bagi pemasangannya; atau

(d)

mempamerkan plat nombor pendaftaran kenderaan yang sah mengikut undang-undang yang terpakai dan memastikan nombor pendaftaran kenderaan itu berdaftar dengan suatu aplikasi pembayaran terbuka yang sah dengan cara pembayaran yang sah dan aktif.

(3)

Seseorang pemandu kenderaan yang menggunakan kad debit, kad kredit, kad prabayar, peranti elektronik berserta kad prabayar, pelekat elektronik atau aplikasi bagi Sistem Pengecaman Automatik

Pendaftaran Kenderaan hendaklah memastikan wang dalam kad debit, kad kredit, kad prabayar, peranti elektronik berserta kad prabayar, pelekat elektronik atau aplikasi bagi Sistem Pengecaman Automatik

Pendaftaran Kenderaan itu mencukupi bagi maksud pembayaran tol.

P.U. (A) 53 4

(4)

Pelekat elektronik yang telah dipasang bagi maksud subperenggan (1) tidak boleh dipindahkan atau dialihkan ke kenderaan yang lain dengan apa-apa cara sekalipun.

(5)

Seseorang pemandu kenderaan yang telah memasang pelekat elektronik yang sah tidak boleh melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa ubah suaian pada pelekat elektronik itu atau apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan fungsi pelekat elektronik itu.

(6)

“Kad prabayar”, “peranti elektronik berserta kad prabayar” atau

“pelekat elektronik” yang disebut dalam perenggan ini ertinya suatu kad prabayar, peranti elektronik berserta kad prabayar atau pelekat elektronik sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan dikeluarkan bagi maksud pembayaran tol.”.

Dibuat 29 Januari 2026

[KKR.PUU.110-1/7/43; PN(PU2)426/JLD.74]

DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI

Menteri Kerja Raya

P.U. (A) 53 5

FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) ACT 1984

FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) (COLLECTION OF TOLLS)

(SEREMBAN-PORT DICKSON EXPRESSWAY) (AMENDMENT) ORDER 2026