Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (TATACARA MESYUARAT BAGI LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH) 2026

Seksyen 3

Mesyuarat Lembaga Penasihat

(1)

Lembaga

Penasihat hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun bagi melaksanakan fungsinya dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

P.U. (A) 99 3

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga Penasihat.

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir atas apa jua sebab untuk mempengerusikan mana-mana mesyuarat Lembaga Penasihat, mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi.

(4)

Dalam keadaan kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga Penasihat, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan.

(5)

Lima orang anggota, termasuk pengerusi mesyuarat, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Lembaga Penasihat.

(6)

Tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Lembaga Penasihat, termasuk pengerusi mesyuarat, berhak kepada satu undi.

(7)

Segala perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Lembaga Penasihat hendaklah diputuskan dengan undian majoriti anggota Lembaga Penasihat yang hadir dalam mesyuarat.

(8)

Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau

Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat menurut subperaturan (3)

hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(9)

Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat menurut subperaturan (3) boleh menetapkan agenda mesyuarat melalui suatu notis mesyuarat yang disediakan di bawah peraturan 8.

(10)

Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat menurut subperaturan (3) hendaklah memastikan penjalanan mesyuarat adalah teratur mengikut agenda yang dinyatakan dalam notis mesyuarat atau yang dipersetujui selainnya oleh majoriti anggota yang hadir mesyuarat.

P.U. (A) 99 4

Lembaga

Penasihat boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat