Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Penzahiran kepentingan
(1)
Mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana orang lain yang diundang di bawah peraturan 4 yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga Penasihat hendaklah menzahirkan kepada
Lembaga Penasihat, hakikat kepentingannya dan jenis dan takat kepentingan itu.
(2)
Penzahiran di bawah subperaturan (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga Penasihat yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
(a)
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga Penasihat mengenai perkara itu; dan
(b)
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga
Penasihat apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
P.U. (A) 99 5
(4)
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga Penasihat boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana orang lain yang diundang untuk menghadiri mesyuarat itu telah melanggar peraturan ini.
(5)
Bagi maksud peraturan ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Lembaga Penasihat atau orang lain yang diundang, termasuk―
(a)
suami atau isterinya;
(b)
ibu atau bapanya, termasuklah ibu atau bapa suami atau isterinya;
(c)
anaknya, termasuklah anak angkat atau anak tiri;
(d)
adik-beradiknya, termasuklah adik-beradik suami atau isterinya; dan
(e)
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota
Lembaga Penasihat atau orang lain yang diundang, ertinya―
(a)
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota atau orang lain yang diundang itu;
(b)
firma yang anggota atau orang lain yang diundang itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(c)
pekongsi anggota atau orang lain yang diundang itu;
P.U. (A) 99 6
(d)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota atau orang lain yang diundang itu atau seorang anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau
(e)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang anggota atau orang lain yang diundang itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer substansial dalam perbadanan itu.
Penggunaan rangkaian video, dsb. bagi maksud mesyuarat