Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (TATACARA MESYUARAT BAGI LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH) 2026

Seksyen 9

Minit

(1)

Urus setia mesyuarat Lembaga Penasihat hendaklah—

(a)

menyenggara dan menyimpan minit semua mesyuarat

Lembaga Penasihat dalam bentuk yang sepatutnya; dan

P.U. (A) 99 7

(b)

menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga Penasihat ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat itu kepada anggota mesyuarat secepat yang dapat dilaksanakan selepas mesyuarat Lembaga Penasihat diadakan.

(2)

Minit mesyuarat Lembaga Penasihat yang ditandatangani sewajarnya oleh pengerusi mesyuarat hendaklah boleh diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti lanjut.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Lembaga Penasihat yang berkenaan dengannya minit telah dibuat mengikut subperaturan (1) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Obligasi kerahsiaan

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (TATACARA MESYUARAT BAGI LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH) 2026