Malaysia legislation
Section 2
of PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN) 2018
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan daripada kuat kuasa Akta mana-mana pekerja asing yang—
(a)
bekerja di Malaysia pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa
Pemberitahuan ini; atau
(b)
telah bekerja di Malaysia sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Pemberitahuan ini, tanpa suatu pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen bagi maksud bekerja di Malaysia tetapi kemudiannya, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Pemberitahuan ini, suatu pas atau permit yang sah dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah Imigresen kepada pekerja asing itu bagi maksud bekerja di Malaysia.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi pekerja asing itu bagi apa-apa tempoh sebelum tarikh pengeluaran pas atau permit yang sah itu.
P.U. (B) 736 3
Bertarikh 21 Disember 2018
[KSM/PUU(S)600-1/2/11/6Jld.2; PN(PU2)58/XXII]
M. KULASEGARAN
Menteri Sumber Manusia
P.U. (B) 736 4
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY (EXEMPTION) NOTIFICATION 2018