/akn/my/act/pub/2023/13

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (B)
Status
In force
Enacted
2023
Sections
5

Quick answer

About this p.u. (b)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 13 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN AJARAN ILMU TAJALLI HAJI AHMAD LAKSAMANA BIN OMAR Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-48 yang bersidang pada 16 Julai 1997 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Ajaran Ilmu Tajalli yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana bin Omar. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Ajaran Ilmu Tajalli yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana bin Omar adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan pegangan

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

mendakwa bahawa diri manusia adalah terdiri daripada

Allah

+

Muhammad.

Penyataan dalam petikan buku bertajuk

‘Hakikat Insan’ pada muka surat 9 dan 90 seperti yang berikut:

“...suatu kejadian yang bernama insan yang bertubuhkan diri batin yang bernama Allah. Dan diri yang bernama الله itulah diri batin kepada diri manusia (rohani)...” dan “Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (Rohani) dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (Jasmani).”;

Suggest a correction

(b)

mendakwa bahawa jalan menjadi wali ialah dengan mengenal diri dan menjalankan latihan dan amalan di bawah bimbingan guru Mursyid.

Peringkat-peringkat perjalanan menjadi wali dinyatakan dalam buku tersebut pada muka surat 51 hingga 60. Peringkat-peringkat perjalanan menjadi wali seperti yang berikut:

i.

memperoleh “nur” melalui mimpi, “tajalli” daripada tuhan dan mata “basir” yang dapat melihat dan menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi;

ii.

menerima ilmu hakiki dan makrifat daripada guru-guru ghaib melalui cara penyampaian ilmu laduni;

iii.

penyatuan jiwa dengan Allah sehingga mengeluarkan penyataan

“Akulah Tuhan sebenar”; dan iv.

menerima lawatan oleh tetamu agong yang terdiri daripada rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali secara hidup dan bukan mimpi;

Suggest a correction

(c)

mentafsirkan kalimah syahadah mengikut bilangan huruf Arab.

Kalimah syahadah (ال اله اال هللا محمد رسول هللا) dipecah dan diregu kepada kalimah-kalimah istilah dan huraian rangka secara seleweng.

Penyataan dalam petikan buku bertajuk

‘Hakikat

Insan’

pada muka surat 105 dan 106 seperti yang berikut: “…kalimah tauhid

(ال اله اال هللا محمد رسول هللا) ini juga mengandungi 24 huruf semuanya bagi

P.U. (B) 13 4

menandakan kehidupan manusia adalah 24 jam dalam sehari semalam.”.

Selain itu, kalimah (محمد) dikatakan itulah diri zahir manusia ditafsirkan

(م) – kepala, (ح) – dada, (م) – pusat, (د) – kaki pada muka surat 116;

Suggest a correction

(d)

mentafsirkan ayat al-Quran )(إنّا هلل وإنّا إليه راجعون secara menyeleweng, sebagai contoh pada muka surat 135 carta alir yang bermula daripada tuhan kepada manusia yang mempunyai tujuh martabat mulai ahadah hingga alam insan, kemudian daripada manusia kepada tuhan mempunyai tujuh martabat mulai nafsu amarah hingga nafsu kamaliah; dan

Suggest a correction

(e)

menekankan zikir yang menepati meditasi dalam mistisisme. Zikir “ah”

iaitu zikir makrifat Allah kerana diambil dari lafaz Allah yang tajalli dari ahadiah, wehdah, wahidyah, alam arwah, alam misal, alam ajsam dan alam insan. Alam insan

(benih lelaki) dan alam ajsam

(benih perempuan) kedua-duanya datang dari Allah sebab itu diambil (ا)

dan (ه) simbol kemaluan lelaki dan perempuan dinyatakan dalam gambar rajah pada muka surat 321.

Suggest a correction

Seksyen 2

P.U. (B) 13 3

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang berpegang pada, mempercayai, mengajar, menyebarkan atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai, mengajar, menyebarkan atau mengamalkan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Mana-mana orang yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran buku

Open as pageSuggest a correction

‘Hakikat Insan’ oleh Haji Ahmad Laksamana bin Omar atau mereka yang berpegang dengan ajaran tersebut atau apa-apa bahan penerbitan sama ada dalam talian atau bercetak yang kandungannya mempunyai persamaan dengan ajaran tersebut atau buku tersebut hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, memuat naik, memuat turun, menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip,

P.U. (B) 13 5

ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah apa-apa filem, rakaman, audio visual, laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri amalan dan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2, 3 dan 4.

Bertarikh 10 Januari 2023

Dated 10 January 2023

[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD. 16]

DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Common questions

What is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 13 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.
Is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 still in force?
Yes — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is currently in force.
When did FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 take effect?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 was first recorded in 2023.
How many sections does FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 have?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 contains 5 sections.
Where can I read the official version of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
The official text of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is published at lom.agc.gov.my.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 (2023, No. 13) | mylaw.my