margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Jepun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Langkah sementara yang terpakai 3.
Langkah sementara yang terpakai hendaklah dalam bentuk duti anti-lambakan sementara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.
Sebab bagi langkah sementara 4.
Sebab bagi langkah sementara di bawah perenggan 3 adalah untuk mencegah kemudaratan yang ditanggung oleh industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa daripada berlaku secara berterusan semasa tempoh penyiasatan.
Tempoh bagi membuat penentuan muktamad 5.
Penentuan muktamad berhubung dengan penyiasatan hendaklah dibuat dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari mulai 1 Jun 2023.
Rekod penyiasatan 6.
Salinan rekod penyiasatan boleh didapati oleh orang awam di—
P.U. (B) 176 4
Pusat Sumber
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 2, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor telefon
: (603) 6208 4632/4634/4646
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
Bertarikh 30 Mei 2023
[MITI.600-2/2/23; PN(PU2)529/JLD. 31]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (B) 176 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF AFFIRMATIVE PRELIMINARY DETERMINATION OF AN ANTI-DUMPING
DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO IMPORTS OF COLD ROLLED PRODUCTS OF
ALLOY OR NON-ALLOY STEEL OF A WIDTH LESS THAN 1300MM (COLD-REDUCED)
NOT CLAD, NOT PLATED OR NOT COATED (IN COIL, SHEET, STRIP, HOOP OR ANY
OTHER FORMS) ORIGINATING OR EXPORTED FROM JAPAN
(AD 01/23)