(1)
Dagangan subjek itu dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan
(Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 7209.15.00 00, 7209.16.90 00,
/akn/my/act/pub/2024/227
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK, DENGAN... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 227 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Dagangan subjek itu dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan
(Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 7209.15.00 00, 7209.16.90 00,
17.90 00 dan 7209.18.99 00.
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Duti anti-lambakan 3.
Dagangan subjek itu adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 2) 2019 bagi tempoh mulai 25 Disember 2019 hingga 24 Disember 2024.
P.U. (B) 227 3
Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek adalah antara 4.76% hingga 26.39% daripada harga eksport.
Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.
Pihak berkepentingan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.
Had masa 5.
Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat daripada 31 Julai 2024 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan kepada alamat yang berikut:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, No. 7, Menara MITI
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
P.U. (B) 227 4
Nombor telefon
: (603) 6208 4644/4635
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
Bertarikh 19 Jun 2024
[MITI.S.600-2/2/31; PN(PU2)338D/JLD.8]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 227 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION ON THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING
DUTIES ON IMPORTS OF COLD ROLLED COILS OF IRON OR NON-ALLOY STEEL, OF
WIDTH MORE THAN 1300MM ORIGINATING OR EXPORTED FROM
THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, JAPAN, THE REPUBLIC OF KOREA AND
THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(AD 01/19)
Opening note
The subject merchandise is classified under the Harmonised System Code
(H.S. Code) and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 7209.15.00 00,
16.90 00, 7209.17.90 00 and 7209.18.99 00.
The H.S. Code and AHTN specified in subparagraph (1) are given only for information purposes and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.
Anti-dumping duties 3.
The subject merchandise is subject to anti-dumping duties imposed under the Customs (Anti-Dumping Duties) (No. 2) Order 2019 from 25 December 2019
to 24 December 2024.
P.U. (B) 227 6
The rates of the anti-dumping duties imposed in relation to the imports of the subject merchandise are between 4.76% to 26.39% of the export price.
Views from interested parties 4.
Interested parties likely to be affected by the termination of the imposition of the anti-dumping duties may give their views in writing.
The views referred to in subparagraph (1) shall, in particular, address the following issues:
whether the continued imposition of the anti-dumping duties is necessary to offset the dumping of the subject merchandise; and
whether the injury would likely to continue to recur if the duties were removed or varied.
The views referred to in subparagraph (1) shall be supported with documentary evidence accordingly.
Time limit 5.
The interested parties shall give their views in writing not later than 31 July 2024
and the views shall be submitted to the following address:
Director
Trade Practices Section
Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)
Level 9, No. 7, Menara MITI
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
P.U. (B) 227 7
Telephone number
: (603) 6208 4644/4635
Facsimile number
: (603) 6211 4429
Email address
: alltps@miti.gov.my
Dated 19 June 2024
[MITI.S.600-2/2/31; PN(PU2)338D/JLD.8]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Investment, Trade and Industry