(1)
Dagangan subjek itu dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan
(Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 6811.82.20 00
dan 6811.82.90 00.
/akn/my/act/pub/2024/98
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT DAN PATTERN SHEETS YA... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 98 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Dagangan subjek itu dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan
(Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 6811.82.20 00
dan 6811.82.90 00.
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Duti anti-lambakan 3.
Dagangan subjek itu adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran)
(No. 2) 2019 bagi tempoh mulai 24 September 2019 hingga 23 September 2024.
Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara nil hingga 31.14% daripada harga eksport.
P.U. (B) 98 3
Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.
Pihak berkepentingan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.
Had masa 5.
Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat daripada 30 April 2024 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan kepada alamat yang berikut:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, No. 7, Menara MITI
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
P.U. (B) 98 4
Nombor telefon
: (603) 6208 4639/4636
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
Bertarikh 23 Februari 2024
[MITI.600-2/2/5 Jld 24; PN(PU2)338D/Jld.8]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 98 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING
DUTIES ON IMPORTS OF CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT AND
PATTERN SHEETS ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE KINGDOM OF THAILAND
(AD 04/13 – SR 01/19)
Opening note
The subject merchandise is classified under the Harmonised System Code
(H.S. Code) and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 6811.82.20 00
and 6811.82.90 00.
The H.S. Code and AHTN Number specified in subparagraph (1) are given only for information purposes and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.
Anti-dumping duties 3.
The subject merchandise is subject to anti-dumping duties imposed under the Customs (Anti-Dumping Duties) (Administrative Review) (No. 2) Order 2019
from 24 September 2019 to 23 September 2024.
The rates of the anti-dumping duties imposed in relation to the imports of the subject merchandise are between nil to 31.14% of the export price.
P.U. (B) 98 6
Views from interested parties 4.
Interested parties likely to be affected by the termination of the imposition of the anti-dumping duties may give their views in writing.
The views referred to in subparagraph (1) shall, in particular, address the following issues:
whether the continued imposition of the anti-dumping duties is necessary to offset the dumping of the subject merchandise; and
whether the injury would likely to continue to recur if the duties were removed or varied.
The views referred to in subparagraph (1) shall be supported with documentary evidence accordingly.
Time limit 5.
The interested parties shall give their views in writing not later than 30 April 2024
and the views shall be submitted to the following address:
Director
Trade Practices Section
Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)
Level 9, No. 7, Menara MITI
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
P.U. (B) 98 7
Telephone number
: (603) 6208 4639/4636
Facsimile number
: (603) 6211 4429
E-mail address
: alltps@miti.gov.my
Dated 23 February 2024
[MITI.600-2/2/5 Jld 24; PN(PU2)338D/Jld.8]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Investment, Trade and Industry