Malaysia legislation
Section 7210
Seksyen 7210
70.19 00, 7210.70.21 00, 7210.70.29 00, 7210.70.91 00 dan 7210.70.99 00.
(2)
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Duti anti-lambakan 3.
(1)
Dagangan subjek itu adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran)
(No. 2) 2021 bagi tempoh mulai 20 Julai 2021 hingga 19 Julai 2026.
(2)
Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara kosong hingga 52.10% daripada harga eksport.
P.U. (B) 6 3
Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.
(1)
Pihak berkepentingan yang berkemungkinan akan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.
(2)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:
(a)
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
(b)
sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
(3)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.
Had masa 5.
Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat daripada 28 Februari 2026 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan ke alamat yang berikut:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor telefon
: (603) 6208 4641/4635
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
P.U. (B) 6 4
Bertarikh 5 Januari 2026
[MITI.600-2/2/14 Jld.11(1)(S); PN(PU2)529/JLD.34]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 6 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING
DUTIES ON IMPORTS OF PREPAINTED, PAINTED OR COLOUR COATED STEEL
COILS ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA
AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(SR 01/20)