Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(b)
Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang didaftarkan sebagai Jurutera Siswazah di bawah perenggan (a) adalah dikehendaki memperolehi apa-apa pengalaman praktikal sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri/dan Institusi Jurutera (Malaysia) untuk berhak memohon pendaftaran sebagai seorang Jurutera Profesional di bawah subseksyen (2).
(i)
seseorang yang—
(a)
didaftarkan sebagai Jurutera Siswazah;
(b)
telah memperolehi pengalaman praktikal sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) (b); dan
(c)
dianya seorang Anggota Bersekutu Institusi Jurutera (Malaysia) atau telah memperolehi kelayakan profesional yang pada pendapat Lembaga setaraf dengannya;
(ii)
seseorang yang, pada tarikh yang ditetapkan, adalah Anggota Bersekutu Institusi Jurutera (Malaysia) atau mempunyai kelayakan profesional yang pada pendapat Lembaga setaraf dengannya;
(iii)
seseorang yang Lembaga berpuas hati bahawa dia telah menjalankan amalan atau menjalankan urusan atau telah digunakhidmat sebagai Jurutera bona fide sebelum sahaja tarikh yang
PENDAFTARAN JURUTERA ditetapkan dan telah memohon pendaftaran dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh tersebut:
Dengan syarat bahawa seseorang yang diliputi oleh seksyen 7 (3) adalah tidak berhak untuk didaftarkan di bawah perenggan ini melainkan dia mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf oleh Lembaga bagi maksud-maksud Akta ini; dan
(iv)
seseorang yang, pada tarikh yang ditetapkan, telah memperolehi kelayakan yang menghakkannya didaftarkan sebagai seorang Jurutera Siswazah menurut subseksyen (1) (a) dan telah selepas tarikh itu, memperolehi kelayakan profesional di luar Malaysia yang pada pendapat Lembaga setaraf dengan kelayakan yang dikehendaki bagi menjadi Anggota Bersekutu Institusi Jurutera (Malaysia).
(3)
Bagi maksud subseksyen (2)(iv), seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah memperolehi kelayakan profesional di luar Malaysia jika, semasa menjalani kursus pengajian yang perlu, menerima pengajaran dan latihan yang perlu dan memperolehi pengalaman praktikal yang perlu, dia berada di luar Malaysia pada sepanjang atau kebanyakan masa itu.