Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Seseorang yang—
(a)
memperolehi atau cuba memperolehi pendaftaran atau sesuatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ini dengan diketahuinya membuat atau mengemukakan atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan sesuatu akuan, sijil, permohonan, atau representasi pernyataan palsu atau fraud sama ada secara bertulis atau sebaliknya;
(b)
bersengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemalsuan dalam Daftar;
(c)
merekapalsu, mengubah, atau melancung apaapa perakuan pendaftaran di bawah Akta ini;
(d)
mengedar atau mengguna apa-apa perakuan pendaftaran di bawah Akta ini yang direkapalsu, diubah, atau dilancung dengan mengetahui bahawa perakuan itu telah direkapalsu, diubah atau dilancung;
(e)
menyamardiri sebagai Jurutera Profesional berdaftar atau Jurutera Siswazah berdaftar;
(f)
membeli atau secara fraudan memperolehi suatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ini yang dikeluarkan kepada seorang lain; atau
(g)
menjual apa-apa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.