Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PENDAFTARAN JURUTERA 1967

Seksyen 4

0Fungsi-fungsi Lembaga ialah untuk—

(a)

menyimpan dan menyenggara Daftar;

(b)

meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta ini atau meluluskan mana-mana permohonan itu tertakluk kepada apa-apa sekatan yang difikirkannya patut dikenakan;

(c)

memerintah pembatalan, pemotongan atau pemasukan semula menurut Bahagian IV;

(d)

menetapkan dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri skel fee yang dikenakan oleh Jurutera berdaftar kerana nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan itu;

(e)

mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian berhubungan dengan tata kelakuan atau kesusilaan profesional Jurutera atau melantik suatu jawatankuasa atau seorang atau beberapa orang penimbangtara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian itu;

(f)

menentukan dan mengawal tata kelakuan atau kesusilaan profesion kejuruteraan; dan

(g)

pada amnya, melakukan segala perbuatan, perkara dan benda yang perlu bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(2)

...