Malaysia legislation

Section 7A

of AKTA PENDAFTARAN JURUTERA 1967

Seksyen 7A

(a)

lembaga pengarah pertubuhan perbadanan itu terdiri sepenuhnya daripada Jurutera-Jurutera Profesional berdaftar; dan

(b)

syer dalam pertubuhan perbadanan itu dipegang sepenuhnya oleh Jurutera-jurutera Profesional berdaftar, tetapi tidak sebaliknya.

(2)

Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding menurut subseksyen (1) hendaklah, dalam tempoh dua minggu dari berlakunya apa-apa perubahan dalam keanggotaan lembaga pengarahnya atau dalam pemegangan syernya, mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan bertulis yang benar mengenai perubahan itu.

(3)

Jika Lembaga mendapati bahawa—

(a)

keanggotaan lembaga pengarah atau pemegangan syer sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding menurut subseksyen (1) tidak mengikut subseksyen itu; atau

(b)

pertubuhan perbadanan itu telah melanggar mana-mana syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya kelulusan bertulis itu telah diberi kepadanya oleh Lembaga untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding,

Lembaga boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), melalui notis bertulis kepada pertubuhan perbadanan itu menarik balik kelulusan itu.

(4)

Lembaga tidak boleh menarik balik kelulusannya di bawah subseksyen (3) melainkan jika—

(a)

suatu pembicaraan telah diadakan di mana sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga hadir; dan

(b)

peluang untuk didengar sama ada melalui seorang wakil yang dilantik secara bertulis atau melalui peguam telah diberi kepada pertubuhan perbadanan yang Lembaga bercadang akan menarik balik kelulusannya.

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap pertubuhan perbadanan sama ada ditubuhkan sebelum atau selepas ianya mula berkuatkuasa.