Malaysia legislation

Section 30

of AKTA PENDAFTARAN JURUTERA (PINDAAN) 2015

Seksyen 30

Kecualian dan peralihan

(2)

Berhubung dengan seseorang Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta ibu, jika dia memohon untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau apa-apa tempoh yang boleh dilanjutkan oleh Lembaga, dia hendaklah dikecualikan daripada peruntukan perenggan 10d(b).

(3)

Apa-apa permohonan bagi perakuan pendaftaran yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Akta ini.

(4)

Cap yang ditetapkan dalam Jadual Kedua kepada Akta ibu hendaklah terus digunakan sehingga digantikan dengan apa-apa cap sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(5)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a)

semua penyiasatan, prosiding, termasuk prosiding tatatertib, dan perkara yang berhubungan dengan mana-mana penyiasatan dan prosiding yang sedia ada dan belum selesai di bawah Akta ibu hendaklah diteruskan dan diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah ia tidak dipinda oleh Akta ini;

(b)

semua penyiasatan, prosiding, termasuk prosiding tatatertib, dan perkara yang berhubungan dengan mana-mana penyiasatan dan prosiding yang boleh dimulakan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1479

di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dimulakan dan diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah ia tidak dipinda oleh

Akta ini; dan

(c)

apa-apa hak, keistimewaan, obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.