Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PENDAFTARAN AHLI FARMASI 1951

Seksyen 22

(a)

pelatihan, syarat-syarat yang di bawahnya latihan praktik bagi perantis-perantis atau pelajar-pelajar hendak dijalankan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan latihan dan kelayakan ahli farmasi;

(aa) peperiksaan yang ditetapkan atau ditentukan oleh Lembaga yang kena dilulusi oleh manamana orang sebelum dia layak memohon supaya diterima masuk ke dalam daftar di bawah Akta ini;

(b)

prosedur yang perlu diikuti di mesyuaratmesyuarat, dan di siasatan-siasatan yang $ (b{a}) $ diadakan oleh, Lembaga;

(c)

tugas-tugas Pendaftar;

(d)

bentuk daftar-daftar dan cara yang ia hendaklah disimpan;

(e)

apa-apa perkara yang di bawah Akta ini, dikehendaki atau dibenarkan untuk dite-tapkan;

(f)

pendaftaran pertubuhan-pertubuhan perbadan;

(g)

pengecualian daripada penguatkuasaan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mengenai mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan atau kelas orang atau pertubuhan perbadanan sebagaimana yang disifatkan suaimanfaat;

(h)

perlantikan dan pembayaran penasihat-penasihat undang-undang;

(i)

pembayaran perbelanjaan anggota-anggota Lembaga;

(j)

apa-apa perkara, sama ada serupa atau tidak dengan apa yang tersebut di atas, yang mengenainya adalah suaimanfaat untuk dibuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan tujuan-tujuan Akta ini.

(2)

Segala peraturan yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk kepada kelulusan Menteri dan apabila diluluskan sedemikian hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya di dalamnya, berkuatkuasa mulai dari tarikh penyiaran sedemikian.

Section 22 — REGISTRATION OF PHARMACISTS ACT 1951 | mylaw.my