Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PENDAFTARAN AHLI FARMASI 1951

Seksyen 6

(a)

(Dimansuhkan).

(b)

mana-mana orang yang memegang Ijazah Farmasi daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dan yang telah mematuhi apaapa syarat berkenaan dengan perantisan dan latihan sebagaimana yang ditetapkan;

(c)

mana-mana orang yang pada mula berkuatkuasanya Akta ini didaftarkan sebagai seorang ahli farmasi di bawah Ordinan Pendaftaran Ahli Farmasi Negeri-Negeri Selat dalam pemakaiannya bagi Negeri-Negeri Selat dan bagi Tanah Jajahan.

(2)

(a)

Lembaga boleh menurut budi bicaranya dari semasa ke semasa menerima masuk ke dalam daftar—

(i)

mana-mana orang yang memegang apa-apa kelayakan farmaseutik lain yang disifatkan sesuai untuk pendaftaran oleh Menteri selepas berunding dengan Lembaga; atau

(ii)

mana-mana orang yang, selama suatu tempoh lima tahun yang berterusan sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, telah menjalankan amalan sebagai seorang ahli farmasi dan memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini sebelum 31hb Disember 1954.

(b)

Dalam subseksyen ini "menjalankan amalan sebagai seorang ahli farmasi" ertinya mana-mana orang yang telah—

(i)

menjalankan suatu perniagaan penyimpanan, peruncitan dan pendispensaan atau penyebatian racun atau bahan terapeutik; atau

(ii)

dilatih oleh seorang ahli farmasi yang berkelayakan dan telah bekerja dalam suatu makmal pengilangan bahan farmaseutik atau suatu jabatan farmaseutik sesuatu hospital.

(c)

Mana-mana orang yang didaftarkan di bawah perenggan (a) (i) boleh dikenakan apa-apa had dan syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan jika apa-apa had atau syarat dikenakan sedemikian, maka pendaftaran orang itu hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat sedemikian.

(d)

Had-had dan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Menteri di bawah perenggan terdahulu boleh termasuk had dan syarat yang membuat peruntukan mengenai pendaftaran terhad yang menurutnya pendaftaran seseorang di bawah perenggan (a) (i) hendaklah berkuatkuasa hanya selama apa-apa tempoh sebagaimana Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, boleh putuskan.

(3)

Tiada kelayakan boleh dicatatkan dalam daftar, sama ada semasa pendaftaran pertama atau melalui penambahan kepada suatu nama berdaftar, melainkan jika Pendaftar berpuas hati, menurut apa-apa keterangan sebagaimana yang didapatinya mencukupi, bahawa orang yang menuntut kelayakan sedemikian adalah berhak kepadanya.

(4)

Tiada seorang pun boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika dia telah mencapai umur dua puluh satu tahun.

Section 6 — REGISTRATION OF PHARMACISTS ACT 1951 | mylaw.my