Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PENDAFTARAN AHLI FARMASI 1951

Seksyen 9

Jika mana-mana orang yang memohon untuk didaftarkan telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang pada pendapat Lembaga menyebabkannya tak layak terdaftar dalam daftar atau, selepas siasatan wajar oleh Lembaga, disifatkan olehnya sebagai telah melakukan kelakuan yang memalukan dalam apa-apa aspek profesional, Lembaga boleh menolak untuk menerima masuk orang sedemikian ke dalam daftar. Atas siasatan sedemikian, orang yang terhadapnya kelakuan sedemikian dikatakan adalah berhak untuk hadir secara sendirinya atau dengan atau melalui peguam dan untuk didengar secara sendirinya atau melalui peguam.

Section 9 — REGISTRATION OF PHARMACISTS ACT 1951 | mylaw.my