Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Penggunaan meterai perbadanan
(2)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai
Perbadanan
Pulau
Pinang hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan Pulau Pinang di hadapan
Titular Roman Catholic Bishop of Penang pada masa itu atau semasa jawatan itu kosong di hadapan Administrator Apostolic atau Vicar
Capitular of the Diocese of Penang, mana-mana yang berkenaan, atau
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 492
wakil mana-mana seorang daripada mereka yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu salinan benar surat kuasa wakil atau suatu salinan pejabat surat kuasa wakil yang telah didepositkan mengikut seksyen 4 Akta Surat Kuasa Wakil 1949, dan hendaklah juga ditandatangani oleh Bishop tersebut atau oleh Administrator Apostolic atau Vicar Capitular tersebut, mana-mana yang berkenaan, atau wakil mana mana daripada mereka seperti yang disebut terdahulu.
(3)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai
Perbadanan
Melaka
Johor hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan Melaka Johor di hadapan
Titular Roman Catholic Bishop of Malacca Johore pada masa itu atau semasa jawatan itu kosong di hadapan Administator Apostolic atau
Vicar Capitular of the Diocese of Malacca Johore, mana-mana yang berkenaan, atau wakil mana-mana seorang daripada mereka yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu salinan benar surat kuasa wakil atau suatu salinan pejabat yang telah didepositkan mengikut seksyen 4 Akta Surat Kuasa Wakil 1949, dan hendaklah juga ditandatangani oleh Bishop tersebut atau oleh Administrator Apostolic atau Vicar Capitular tersebut, mana-mana yang berkenaan, atau wakil atau mana-mana seorang daripada mereka yang disebut terdahulu.
(4)
Penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi dan dikira sebagai keterangan yang mencukupi bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai yang sah bagi Perbadanan Kuala Lumpur, Perbadanan
Pulau Pinang atau Perbadanan Melaka Johor, mana-mana yang berkenaan.
Pemberitahuan