Malaysia legislation

Section 26

of AKTA JUALAN DADAH 1952

Seksyen 26

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(a)

untuk menetapkan standard kekuatan, berat, kualiti, atau kuantiti apa-apa dadah atau apa-apa ramuan atau bahagian komponennya;

Jualan Dadah 21

(b)

untuk melarang penambahan apa-apa benda tertentu atau lebih daripada kuantiti atau kadar yang ditentukan baginya kepada apa-apa dadah;

(c)

untuk melarang apa-apa cara pembuatan, penyediaan atau pengawetan apa-apa dadah;

(d)

untuk memastikan kebersihan dan bebas daripada pencemaran apa-apa dadah semasa pembuatan, penyediaan, penyimpanan, pembungkusan, penghantaran pengangkutan atau penzahiran untuk jualan atau jualan dan kebersihan tempat, bekas, peranti dan kenderaan yang digunakan dalam pembuatan, penyediaan, penyimpanan, pembungkusan, pengangkutan atau penghantaran, penzahiran untuk jualan atau jualan dan untuk memastikan perjalanan sepatutnya tempat yang penyediaan atau jualan dadah dijalankan dan bagi maksud itu menghendaki mana-mana orang menjalankan pemeriksaan kesihatan;

(e)

untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan atau pendaftaran premis yang digunakan, atau orang-orang yang bekerja atau terlibat dalam pembuatan, penyediaan, penyimpanan, pembungkusan, pengangkutan, penghantaran, penzahiran untuk jualan atau jualan apa-apa dadah dan bagi maksud itu untuk menghendaki fotograf orang yang didaftarkan atau dilesenkan;

(f)

untuk menetapkan cara pelabelan dadah yang dijual di dalam bungkusan atau selainnya dan perkara yang hendaklah terkandung atau tidak terkandung dalam label itu;

(g)

untuk menetapkan kaedah analisis apa-apa dadah dan bentuk perakuan analisis;

(h)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar berkenaan dengan analisis itu bagi apa-apa dadah oleh seorang juruanalisis dan bagi apa-apa salinan keputusan

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 368

apa-apa analisis dan bagi apa-apa lesen atau pendaftaran yang dikeluarkan atau dikuatkuasakan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(i)

untuk melarang atau mengawal selia pembuatan, penjualan, pengiklanan untuk jualan, pembekalan, pengimportan atau pengeksportan apa-apa barang dadah dan bagi maksud ini menubuhkan apa-apa badan atau pihak berkuasa;

(j)

untuk menghendaki semua ramuan yang terkandung dalam mana-mana ubat, kepentingan, rahsia atau selainnya, dizahirkan mengikut cara dan beserta dengan butir-butir bentuk yang ditetapkan dan pada atau sebelum jualan itu;

(k)

untuk menetapkan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peraturan; dan

(l)

secara amnya bagi melaksanakan maksud Akta ini.

(2)

Mana-mana peraturan sedemikian boleh dijadikan terpakai sama ada bagi dadah secara amnya atau bagi dadah yang tertentu sahaja.

(3)

Walau apapun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, sah bagi mana-mana orang pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan selepas tarikh penyiaran dalam Warta bagi peraturan itu untuk menjual apa-apa dadah, yang jualan yang selainnya sah jika dia membuktikan yang pada tarikh tersebut, dadah itu merupakan sebahagian daripada stok niaga di Malaysia bagi mana-mana orang yang menjalankan perniagaan di situ dan bahawa semenjak tarikh tersebut tiada apa-apa tindakan diambil yang menurutnya dadah tersebut gagal untuk mematuhi kehendak peraturan tersebut; dan bagi maksud subseksyen ini, apa-apa barangan yang dibeli sebelum tarikh tersebut bagi

Jualan Dadah 23

pengimportan ke dalam Malaysia hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada stok niaga pembeli di Malaysia.

Peluasan pemakaian Akta

Section 26 — SALE OF DRUGS ACT 1952 | mylaw.my