Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“juruanalisis” ertinya juruanalisis yang dilantik di bawah Akta ini;
“peranti” termasuklah keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa perkakas, jentera, alat, radas, atau barang yang digunakan, atau yang dimaksudkan untuk digunakan, dalam atau bagi pembuatan, penyimpanan, penyediaan, atau pembekalan apa-apa dadah;
“dadah” termasuklah apa-apa bahan, hasil atau barang yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang berupaya, atau yang berupa atau yang didakwa berupaya digunakan pada manusia atau mana-mana haiwan, sama ada secara dalaman atau luaran, bagi maksud perubatan;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 368
“pengimport” termasuklah mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemunya, penerima konsain, ejen atau broker, ada dalam milikan, atau dalam mana-mana keadaan berhak kepada jagaan, atau kawalan, barang yang diimport itu;
“inspektor” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi inspektor di bawah seksyen 3 Akta ini;
“maksud perubatan” ertinya mana-mana maksud yang berikut:
(a)
melegakan, merawat, menyembuhkan atau mencegah sesuatu penyakit atau sesuatu keadaan patologi atau simptom suatu penyakit;
(b)
mendiagnosis suatu penyakit atau mengenal pasti kewujudan, darjah atau takat keadaan fisiologi atau patologi;
(c)
mencegah kehamilan;
(d)
mengaruhkan anestesia;
(e)
mengekalkan, mengubah, mencegah, memulihkan, atau mengganggu, perjalanan biasa sesuatu fungsi fisiologi;
(f)
mengawal berat badan;
(g)
mengekalkan secara am atau mempromosikan kesihatan atau kesejahteraan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan;
“pegawai” ertinya mana-mana Pegawai Perubatan Kesihatan bagi Jabatan Perubatan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri atau Jabatan Kesihatan mana-mana Perbandaran, dan termasuklah Ketua Pengarah Kimia, Malaysia, semua
Ahli Kimia Kanan dan Ahli Kimia bagi Jabatan Kimia dan mana-mana orang yang dilantik sebagai pegawai di bawah seksyen 3 Akta ini;
Jualan Dadah 7
“bungkusan” termasuklah tiap-tiap cara yang dengannya barang-barang bagi pengangkutan atau bagi jualan dikotakkan, ditutupkan, dimasukkan, diisikan, atau dibungkuskan;
“jualan” atau “menjual” termasuklah tukar barang dan pertukaran dan juga termasuk menawarkan atau cuba untuk menjual atau menyebabkan atau membenarkan dijual atau mendedahkan untuk jualan atau menerima atau menghantar atau menghantar serah untuk jualan atau ada dalam milikan untuk dijual atau memiliki apa-apa dadah dengan mengetahui bahawa ia mungkin akan dijual atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan.
PELANTIKAN JURUANALISIS, PEGAWAI DAN INSPEKTOR
DAN KUASA DAN KEWAJIPAN MEREKA
Pelantikan juruanalisis, pegawai dan inspektor