Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Adnan bin Abdullah, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada

Seksyen 3

Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:

(a)

Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu

Terengganu dalam bentuk Bank Deraf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1 (b), di atas iaitu sebanyak RM2,000.00 dan tidak lewat daripada 15 minit sebelum lelongan.

(b)

Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.

(c)

Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–

(i)

Jumlah bayaran yang diterima di para 3 (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.

(ii)

Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.

(d)

Baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 28 November 2003

dan tiada masa lanjutan dibenarkan.

(e)

Di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran deposit di para (c) kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara

Seksyen 267 Kanun Tanah Negara.

WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

250

[24hb April 2003

Section 3 — Saya, Adnan bin Abdullah, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada