Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Adnan bin Abdullah, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada

Seksyen 3

Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:

(a)

bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu

Terengganu dalam bentuk wang tunai sejumlah wang bersamaan 10%

daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1 (b), di atas iaitu

GM. 2410 Lot 5800 sebanyak RM3,100.00 dan GM. 2409 Lot 5799

sebanyak RM3,100.00.

(b)

bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya;

WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

15hb Ogos 2002]

379

(c)

di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–

(i)

jumlah bayaran yang diterima di para (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.

(ii)

sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.

(d)

baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 27 Disember 2002

dan tiada masa lanjutan dibenarkan.

(e)

di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran deposit di para (c) kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara

Seksyen 267 Kanun Tanah Negara.

Section 3 — Saya, Adnan bin Abdullah, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada