(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 22 Mac 2006 pada 10.00 pagi di Pejabat Tanah Pekan,
Pahang; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn03y2006/no-77
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Ahmad Fuad bin Mohd Yusof, Penolong Pentadbir Tanah Pekan, Pendaftar is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 77, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 22 Mac 2006 pada 10.00 pagi di Pejabat Tanah Pekan,
Pahang; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM100,000.00 (Ringgit
Malaysia: Satu Ratus Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM446,985.
44. Nama pemegang gadaian: Bumiputra Commerce Bank Berhad, 23 Jalan Tahan, 27000
Jerantut.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selapas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 19 Julai 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
2hb Feb. 2006]
103
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Pekan. No. Lot—5169. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 2136 (Hakmilik dahulu H.S.(M) 4314 P.T. 8690). Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian.
No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 508/1999. (Satu (1) Suratan
Hakmilik sahaja).
Bertarikh 21 September 2005
Pentadbir Tanah Daerah
[PTP. 4L-0006/2005]
Pekan
Hakcipta Pencetak H atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
CAWANGAN KUALA LUMPUR