(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Julai 2004 jam 11.00 pagi;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn013y2004/no-705
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Azmi bin Ayob, Pentadbir Tanah, pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 705, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Julai 2004 jam 11.00 pagi;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM48,000.00 (Ringgit:
Empat Puluh Lapan Ribu sahaja); dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM4,800.00 (Ringgit: Enam Ribu Lapan Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 5 November 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kota Lama Kiri. No. Lot.—8673. Jenis dan No.
Hakmilik—GM 1989. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Pers. No. 1574/96 Jilid: 57 Folio: 78 Kpd. BCBB.
Bertarikh 25 Mei 2004
AZMI BIN AYOB
[PDKK/T/LA/KLI/15/03.]
b.p. Pentadbir Tanah
Kuala Kangsar
Perak
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
624
[17hb Jun 2004