(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Rabu, 20 Oktober 2004, jam 11.00 pagi;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn021-01-y2004/no-1331
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Azmi bin Ayob, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1331, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Rabu, 20 Oktober 2004, jam 11.00 pagi;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM40,000.00 (Ringgit:
Empat Puluh Ribu sahaja) dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM4,000.00 (Ringgit: Empat Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (1) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
7hb Oktober 2004]
9
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 20 Februari 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Sayung. No. Lot—9527 (Pt 434). Jenis dan No.
Hakmilik—P.M. 966 H.S.(M.) 378. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg.
No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 853/98 Jilid: 60 Folio: 65
Kpd. MBB.
Bertarikh 21 September 2004
AZMI BIN AYOB
[PDKK/T/LA/SOG/13/2003]
b.p. Pentadbir Tanah
Kuala Kangsar
Perak