(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada hari Selasa 24 Mei 2005 di hadapan Pejabat
Pentadbir Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 10.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn009y2005/no-994
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Azurawati binti Wahid, Pentadbir Tanah Pontian pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 994, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada hari Selasa 24 Mei 2005 di hadapan Pejabat
Pentadbir Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 10.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM36,000.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Puluh Enam Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM249,880.65 setakat 8 September 2004 nama pemegang gadaian Affin Bank Berhad yang beralamat di 3rd Floor, 23 dan 25 Jalan
Permas Jaya, 10/12 Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM3,600.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Enam Ratus Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 21 September 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
996
[28hb April 2005
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Api-Api. No. P.T.—4302. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1212. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua
Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No.
Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1236/1996, Jilid 104, Folio 84 bertarikh 7 Mei 1996.
Bertarikh 8 September 2004
[PTDP 13/69/2003]
AZURAWATI BINTI WAHID b.p. Pentadbir Tanah
Pontian