(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada hari Khamis 18 Disember 2003 jam 10.00 pagi di Perkarangan Jabatan
Tanah dan Galian Perlis;
/akn/my-09/state_gazette/unknown/psgn022y2003-pdf/no-56
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Fatimah binti Hassan, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 56, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada hari Khamis 18 Disember 2003 jam 10.00 pagi di Perkarangan Jabatan
Tanah dan Galian Perlis;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM325,000.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Dua Puluh Lima Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh perintah dikeluarkan ialah RM329,958.
18. Nama pemegang gadaian ialah Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas—RM32,500.00
(Ringgit Malaysia Tiga Puluh Dua Ribu Lima Ratus Sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 15 April 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS
23 Okt. 2003]
255
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Arau; No. Lot/Petak/P.T.—Lot 858; Jenis dan No.
Hakmilik—GM 1817; Bahagian Tanah (jika ada)—Semua; No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Pers. 3092/2000 (Satu Hakmilik Sahaja).
Bertarikh 27 September 2003.
[PTG.(Ps.) (R) 1/80 F 1177(24).]
FATIMAH BINTI HASSAN,
Pentadbir Tanah,
Negeri Perlis