(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada 18 Julai 2006, jam 3.00 petang di Pejabat Tanah,
Larut & Matang, Taiping;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn013y2006/no-823
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Md Shafie bin Haji Muda, Pentadbir Tanah, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 823, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada 18 Julai 2006, jam 3.00 petang di Pejabat Tanah,
Larut & Matang, Taiping;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM220,000.00
(Ringgit Dua Ratus Dua Puluh Ribu sahaja); dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
RM96,793.69 Malayan Banking Berhad 3.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM22,000.00 (Ringgit Dua Puluh Dua Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
726
[22hb Jun 2006
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 17 November 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (c) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (d) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucutkan hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Sg. Tinggi. No. Lot—815. Jenis dan No. Hakmilik—G.M.
Luas: 4.0342 hektar. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1185/1998 Jilid 54 Folio 26.
Bertarikh 30 Mei 2006
[PTLM 369/10/2005/09]
HAJI MD. SHAFIE BIN HAJI MUDA
Pentadbir Tanah
Larut, Matang dan Selama