(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa, 16 Mac 2004, jam 9.30 pagi di Pejabat
Tanah, Larut & Matang, Taiping;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn007y2004/no-245
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Md Shafie bin Haji Muda, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 245, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa, 16 Mac 2004, jam 9.30 pagi di Pejabat
Tanah, Larut & Matang, Taiping;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM525,000.00
(RM: Lima Ratus Dua Puluh Lima Ribu Sahaja); dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah RM:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM52,500.00 (Ringgit: Lima Puluh Dua Ribu Lima Ratus Sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
25hb Mac 2004]
281
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya-
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
Sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 15 Julai 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah Seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Trong. No. Lot—Lot 468, lot 466 dan Lot 467. Jenis dan No. Hakmilik—
GM 115 Luas: 8.0785 hek., GM 980 Luas: 4.2138 hek. dan GM 865 Luas:
4.1708 hek. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Gadaian Pers. No.: 198/80 Jilid: 10 Folio: 85.
Bertarikh 12 Februari 2004.
HAJI MD SHAFIE BIN HAJI MUDA
[PTLM 369/19/2003/10.]
b.p. Pentadbir Tanah,
Lelongan 1
Larut Matang dan Selama