Malaysia legislation

Section 3

of Saya Haji Md Shafie bin Haji Muda Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah peranggan 1 (b) di atas RM6,000.00 (Ringgit: Enam Ribu Sahaja);

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

420

[8hb Mei 2003

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—

(i)

maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan

(ii)

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperanggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 28 haribulan September 2003 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang telah ditetapkan dan

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah Seksyen 267A.

Section 3 — Saya Haji Md Shafie bin Haji Muda Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa