(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 24 April 2007 pada 10.30 pagi di Pejabat Tanah Kemaman.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tgn007y2007/no-346
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Mohamad bin A. Rahman @ Othman, Pentadbir Tanah pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 346, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 24 April 2007 pada 10.30 pagi di Pejabat Tanah Kemaman.
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah
RM45,500.00
(Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lima Ribu Lima Ratus sahaja).
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
29hb Mac. 2007]
295
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM179,411.32 (4.12.2006).
Nama pemegang gadaian Bank Islam Malaysia Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1 (b) di atas:
RM4,550.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus Lima Puluh sahaja).
Amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian.
Di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian.
Baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 22 haribulan Ogos 2007 dan bahawa tiada ada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan; dan
Di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Teluk Kalung. No. Lot—1263. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 665.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
No. Perserahan 1617/2002.
Bertarikh 4 Disember 2006
Pentadbir Tanah
[PTK. 12/53/2006/0076]
Kemaman
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
296
[29hb Mac. 2007