(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 29 Disember 2006, jam 10.00 pagi di
Perkarangan Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn023y2006/no-1600
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Mohd. Khushairi bin Yunos, Penolong Pentadbir Tanah, pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1600, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 29 Disember 2006, jam 10.00 pagi di
Perkarangan Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu RM60,000.00 (RM: Enam
Puluh Ribu Sahaja);
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM6,000.00 (RM: Enam Ribu Sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana akaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh - dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucutkan hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kota Lama Kanan. No. P.T.—932. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 248. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Perserahan: 44/2000 Jilid: 18 Folio: 19.
Bertarikh 18 Oktober 2006
HAJI MOHD. KHUSHAIRI BIN YUNOS
[PTSS.(FC)16/2006]
b.p. Pentadbir Tanah
Kuala Kangsar
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
9hb Nov. 2006]
1455
PEMBETULAN/CORRIGENDUM