Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Haji Yussof bin Ali, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada

Seksyen 3

Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:

(a)

Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu

Terengganu dalam bentuk Bank Draf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1(b), di atas iaitu sebanyak RM2,000.00 G.M. 378 Lot 2966 dan tidak lewat daripada 15 minit sebelum lelongan.

(b)

Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.

(c)

Sekiranya penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–

(i)

Jumlah bayaran yang diterima di para 3(a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibuat.

(ii)

Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.

(d)

Baki harga lelongan hendaklah dibayar sepenuhnya tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 5 Januari 2006 dan tiada masa lanjutan dibenarkan.

(e)

Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang yang telah dibayar sebagai bayaran deposit di para (c)

kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara seksyen 267 Kanun Tanah Negara.

Section 3 — Saya, Haji Yussof bin Ali, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada