(a)
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 20 November 2005 di Pejabat Tanah, Hulu
Terengganu jam 10.00 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trggn020y2005/no-631
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Yussof bin Ali, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 631, currently marked in force.
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 20 November 2005 di Pejabat Tanah, Hulu
Terengganu jam 10.00 pagi.
Saya dapati amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM1,434.
35. Nama pemegang gadaian ialah Malaysia
Building Society Bhd. (9417 – K).
Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:
Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu
Terengganu dalam bentuk Bank Draf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1(b), di atas iaitu sebanyak RM3,800.00 bagi H.S.(M) 1732
P.T. 2906 dan masa mendeposit bermula jam 9.00 pagi hingga jam 9.45 pagi sahaja.
Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.
Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–
Jumlah bayaran yang diterima di para 3(a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibuat.
Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
29hb Sept. 2005]
625
Baki harga lelongan hendaklah dibayar sepenuhnya tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 19 Mac 2006 dan tiada masa lanjutan dibenarkan.
Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran deposit di para (c) kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kuala Berang. No. P.T.—2906. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 1732. Bahagian Tanah (jika ada)—Sewa. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 1973/98.
Bertarikh 30 Ogos 2005
HAJI YUSSOF BIN ALI
[PTHT. 05/03/2005/0001]
b.p. Pentadbir Tanah
Hulu Terengganu