Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Hamzah bin Abdul Rahman, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Penolong
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memilik, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas RM5,940.00 (RM: Lima Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh sahaja)
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan jika tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
(i)
maka, jumlah dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
28hb Ogos 2008]
1207
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 26 Mac 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau ada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.