(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 6 Mac 2008 pada jam 11.00 pagi di Perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat
Kerajaan Daerah Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn004y2008/no-503
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haslina binti Bahasan, Pentadbir Tanah Petaling, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 503, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 6 Mac 2008 pada jam 11.00 pagi di Perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat
Kerajaan Daerah Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM160,000.00 (Ringgit
Malaysia: Seratus Enam Puluh Ribu sahaja).
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
[14hb Feb. 2008 392
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini 27 Disember 2007 adalah
RM135,601.31 (Ringgit Malaysia: Seratus Tiga Puluh Lima Ribu dan Enam
Ratus Satu dan Sen Tiga Puluh Satu sahaja). Nama Pemegang Gadaian:
Mystique Bay Sdn Bhd.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM16,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Belas Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 1 Julai 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Petaling. No. Lot/P.T.—26650. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 4272. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 336/2003.
Bertarikh 24 Januari 2008
HASLINA BINTI BAHASAN
[PTP. 12/131/07]
Penolong Pentadbir Tanah
Petaling
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
14hb Feb. 2008]
393