(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 18 Mac 2008 pada jam 11.00 pagi di
Perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat
Kerajaan Daerah Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn005y2008/no-647
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haslina binti Bahasan, Pentadbir Tanah Petaling, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 647, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 18 Mac 2008 pada jam 11.00 pagi di
Perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat
Kerajaan Daerah Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM270,000.00 (Ringgit
Malaysia: Dua Ratus Tujuh Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini 29 Januari 2008 adalah RM299,485.13
(Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ribu Empat Ratus
Lapan Puluh Lima dan Sen Tiga Belas sahaja). Nama Pemegang Gadaian:
EON Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM27,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tujuh Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
[28hb Feb. 2008 562
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 16 Julai 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
Jadual tanah dan kepentingan
Bandar/Pekan/Mukim—Sg Buloh. No. Lot/P.T.—34253. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 10102. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 4694/98, Jilid 371, Folio 27.
Bertarikh 1 Februari 2008
HASLINA BINTI BAHASAN
[PTP 12/213/07]
Penolong Pentadbir Tanah
Petaling